Tragedi yang menimpa pengantin baru, Teh Afifah, sebenarnya banyak memberi kesan kepada emosi saya dua tiga hari kebelakangan ini. Kehilangan suami setelah hanya 3 jam bergelar isteri merupakan ujian yang sangat dahsyat. Malah pemergian pengantin lelaki bersama kedua orang tua serta seorang sahabat dalam kemalangan ngeri itu sudah cukup untuk menghentikan seketika perjalanan fikiran, perbuatan serta percakapan semua yang mengatahui tentang kejadian itu. Terkejut bukan?
Saya tidak mengenali mana-mana mangsa mahupun pengantin perempuan. Mungkin disebabkan umur saya dan pengantin lelaki, arwah Mohd Ariff Abd Kadir serupa, saya rasa macam 'dekat' je peristiwa menyayat hati tu dengan saya. Lagipun arwah baru sahaja tamat pengajian pengajian di Nottingham. Walaupun saya di Dublin tapi terasa something juga la.
Saya kira ramai yang terkesan dengan kejadian ini. Buat yang kehilangan orang tersayang, saya pun tidak terkata untuk menggambarkan perasaan mereka. Ya Allah, maha dahsyat ujian yang Engkau turunkan! Namun Engkau juga lebih mengetahui kebaikan untuk hamba-hambaMu.
Tapi, dari cerita rakan-rakan, kedengaran seperti arwah Mohd Ariff merupakan seorang lelaki yang baik. Mengikuti usrah, soft-spoken & dihormati di kalangan sahabat-sahabat beliau. Alangkah indahnya 'pemergian' beliau adalah selepas menunaikan sunnah nabi Muhammad s.a.w. Beliau telah pun menyempurnakan sebahagian dari agamanya, insyaAllah. Not to mention, beliau kembali ke sisi Penciptanya pada hari Jumaat, penghulu segala hari.
Sebab kita orang Islam percayakan kehidupan abadi selepas mati. Kita percaya dunia ni sementara. Dunia ni bukan tempat tinggal kita untuk selama-lamanya. Begitulah segala isi kandung dunia ni - ibu bapa, suami/isteri, adik beradik, saudara mara, kawan-kawan, harta, rumah, pangkat, sijil2 segala mala.. semuanya tidak kekal.
Sama-samalah kita doa agar roh mangsa-mangsa kemalangan dicucuri rahmatNya. Sama-samalah kita doa agar Teh Afifah dan semua yang kehilangan orang-orang tersayang tabah, redha & sabar menghadapi cabaran 'tahap dewa' ini. Semoga Allah kuatkan hati & iman mereka. Alangkah besar dugaan itu, namun tidak terbayang pahala & ganjaran yang akan dikurniakan Allah atas kesabaran mereka.
Semoga Allah menemukan mereka semuanya di syurgaNya kelak.. Disitulah yang kekal, disitulah kegembiraan abadi.
Dan untuk kita yang masih hidup ni, ingatlah - kematian itu datang tanpa diduga. Malah semua benda pun bukan dalam kekuasaan kita. Sama-samalah persiapkan diri sentiasa. Semoga kalau ajal datang nanti, kita semua akan kembali kepadaNya dalam keadaan yang baik, dalam keadaan yang bersih dari dosa, dalam keadaan yang diredhai semua.
Ya Allah, beruntunglah orang-orang yang Engkau pilih untuk melalui ujian yang berat. Beruntunglah mereka yang kembali kesisiMu pada jalan yang baik. Berikanlah aku peluang untuk menjadi dikalangan hamba-hambaMu yang akan diberikan ganjaran syurga.
Untuk maklumat lanjut, boleh baca kat sini, sini, sini pun boleh, dan yang ini.
Monday, December 14, 2009
Semoga bertemu di syurga
Posted by Emilia Habiba Mohamad Jamil at 12:46 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment