Thursday, December 24, 2009

Percaya untuk berjaya

Hari ni keputusan PMR diumumkan. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya. Kepada yang tidak mendapat apa yang diimpikan, titik noktah itu terlalu awal untuk usia 15 tahun.


Teringat zaman muda mudi sewaktu PMR diumukan pada tahun 2001. Menggigil tangan yg sedang menaip ini 8 tahun yang lepas, tatkala perlu menurunkan tandatangan sebelum menerima slip keputusan PMR. Kalu gi kaunter bank nak keluar duit ikut buku akaun memang tak lepas laaa sbb aneh sgt signature pd masa tu.


Sekarang pun tangan masih menggigil lagi. Bukan kerana cuak, tapi sebab menggigil kesejukan winter di Dublin. Azam untuk meneruskan pelajaran di overseas sejak kecil berjaya ditunaikan. Senang cerita, tak mudah untuk sy sampai ke tahap ini.


Tapi lepas ni apa pula?


Banyak lagi yg harus dicapai dalam hidup ni. Banyak kali tersungkur, banyak kali itu jugalah harus bangun balik. Samalah macam tidur. Kalu kita tidur 3 kali, kita akan bgn tiga kali jugak lah. Kalu kurang maksudnya..


Tengoklah video kat bawah ni. Moga memberi motivasi. Tengok byk kali pun takpe.

0 comments: